
NAMA :NAJWA LUNA TISTIA JUNIFA
NICH CEWEK LHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Cintaku bagai sebuah fungsi
Yang melaju tak terbendung secara eksponensial
Ingin kukuadratkan secara sempurna
Menjadi grafik fungsi cinta abadiCintaku tak terdiffrensialkan secara parsial apalagi
secara implisit
Tetapi terintegralkan secara rasional
Aku tak ingin lagi berjalan seperti aritmatik
Tetapi ingin kuberlari seperti geometrikHatiku terus bergejolak, terasa ganjil, dan sulit
kuregresikan
Analisis secara real pun tak banyak membantu
Alangkah kompleksnya mencari titik kestabilan sistem
cinta ini
Oh, hidupku menjadi tak terdefinisiLaju perubahan cintaku terhadap waktu sungguh cepat
Tetapi tak beraturan seperti kurva sinus yang
bergejolak
Kalkulus pun menangis, hatinya menjerit menatapku
Karena merasa sosoknya tak berguna lagi di himpunan
iniIngin rasanya ku transformasikan cinta ini
Dan mengkonversinya menjadi bilangan cinta
Sehingga kuperoleh titik singgung antara hatiku dan
hatinya
Dan menggapai kehidupan yang terdefinisiLimit perbedaan antara kita, tak menjadi kendala
bagiku
Keyakinanku sudah mencapai titik maksimum
Mari kita substitusikan dua fungsi cinta ini
Menjadi satu persamaan fungsi cinta abadiDifferensial Cinta
Saat aku bersua dengan eksponen jiwamu,
sinus kosinus hatiku bergetar,
membelah rasa diagonal-diagonal ruang hatiku,
bersentuhan dengan diagonal-diagonal bidang hatiku.Jika aku adalah persamaan dengan akar-akar x1 dan x2,
maka kaulah persamaan dengan akar-akar 2×1 dan 2×2.Aku ini binatang jalang,
dari himpunan yang kosong.Kaulah integrasi belahan jiwaku,
kaulah kodomain fungsi hatiku.Kemanakah harus kucari modulus vektor hatimu?
Dengan besaran apakah harus kunyatakan cintaku?Harus dengan metode apakah kubuktikan cintaku?
Metode kontradiksi?
Ataukah pembuktian langsung?Kulihat variabel dimatamu,
matamu bagaikan elipsoid,
hidungmu bagaikan asimtot hiperbola,
dan bibirmu bagaikan grafik kosinus jika kau tersenyum
padaku.Modus ponen?
Modus tolen?
Dengan modus apakah kusingkap logika hatimu?Beribu-ribu matriks n x n kutempuh,
harus bagaimanakah kuungkap adjointku padamu?Kujalani tiap geometri yang takhingga banyaknya,
dan tiap barisan aritmatika yang tak terhitung,
sampai akhirnya kutemui determinan matriks hatimu,Phisic in Love
Archimedes dan Newton tak akan mengerti
Medan magnet yang berinduksi di antara
kita
Einstein dan Edison tak sanggup
merumuskan E = mc2
Ah tak sebanding dengan momen cintakuPertama kali bayangmu jatuh tepat di
fokus hatiku
Nyata, tegak, diperbesar dengan
kekuatan lensa maksimum
Bagai tetes minyak milikan jatuh di
ruang hampa
Cintaku lebih besar dari bilangan
Avogadro…Walau jarak kita bagai matahari dan
Pluto saat aphelium
Amplitudo gelombang hatimu
berinterfensi dengan hatiku
Seindah gerak harmonik sempurna tanpa
gaya pemulih
Bagai kopel gaya dengan kecepatan
angular yang tak terbatasEnergi mekanik cintaku tak terbendung
oleh friksi
Energi potensial cintaku tak
terpengaruh oleh tetapan gaya
Energi kinetik cintaku = - mv~
Bahkan hukum kekekalan energi tak
dapat menandingiHukum kekekalan di antara kita
Lihat hukum cinta kita
Momen cintaku tegak lurus dengan momen
cintamu
Menjadikan cinta kita sebagai titik
ekuilibrium yang sempurnaDengan inersia tak terhingga
Takkan tergoyahkan impuls
atau momentum gaya
Inilah resultan momentum cinta kita
Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar dating. Samada menonton wayang, keluar makan, shopping ataupun sekadar berjalan-jalan di tasik ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, memang tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, selalunya hanya lelaki sahaja yang bawa keluar duit mereka. Kononnya, tidak macho kalau guna duit wanita. Betul ke?
Owh…saya amat menolak pandangan seperti ini. Ini kerana dalam berpasangan, memang perlu ada sikap berkongsi dan tiada langsung sikap macho ataupun tidak. Ini termasuklah dari segi berkongsi pendapat, berkongsi perasaan, masalah dan sebagainya. Tetapi perkongsian kali ini dalam konteks, duit. Kenapa anda perlu berkongsi menggunakan duit teman wanita anda? Ok, mari saya berikan anda satu situasi.
Setiap kali keluar dating, asyik lelaki ini sahaja yang mengeluarkan duit untuk teman wanitanya. Pergi makan, duit si lelaki ini. Menonton wayang, duit lelaki ini lagi. Duit minyak kereta atau tambang bas, duit lelaki ini lagi. Semuanya lelaki ini sahaja yang bawa keluar duit. Kalau menara KLCC tu dia yang punya, tidak mengapalah. Tetapi kalau gerai pisang goreng pun dia tidak mampu nak singgah, memang payahlah.
Ditambah lagi kalau dalam sebulan pasangan ini keluar dating setiap hujung minggu, agak-agak anda la, lelaki ini boleh tahan tak dengan perangai teman wanita dia? Lagi-lagi teman wanita dia yang ajak keluar dating. Kalau tidak keluar dating, teman wanita ini merajuk. Bila dah merajuk, berkemungkinan akan berlaku pertengkaran. Itu ini, semua tidak kena. Bila dah berlaku pertengkaran, mula la isu ungkit mengungkit berlaku. Kemudian? Anda sendiri fikir-fikirkan.
Tetapi di sebaliknya, sekiranya anda berkongsi duit dengan teman wanita anda, sudah mesti anda berasa senang untuk keluar dating. Kerana separuh dari perbelanjaan sudah ditanggung oleh teman wanita anda. Kalau tidak separuh pun, sebahagian. Sebagai contoh sekiranya anda keluar dating, duit makan, anda yang belanja. Untuk duit tiket wayang pula, teman wanita anda yang belanja. Dengan ini, kedua-duanya berasa senang dan gembira.
Kalau tidak pun, anda buat la selang seli. Minggu ini keluar makan, anda yang belanja. Minggu depan keluar makan, si dia pula yang belanja. Tetapi jangan la anda “tikam” pasangan anda. Jangan la bila turn dia yang belanja, anda ajak dia pergi makan dekat tempat-tempat yang mahal. Tempat-tempat yang ekslusif. Memang berpeluh la kawan tu nak membayarnya. Kasihani la dia. Anda sayang dia kan? Bukan duit die kan?
Jadi, adakah lelaki tidak macho sekiranya lelaki menggunakan duit wanita? Anda tanyalah diri anda sendiri. Kepada yang lelaki, anda ingin menunjuk macho atau diri anda sendiri yang akan sengsara. Semuanya terpulang kepada anda.
Yang penting, anda jujur pada diri dan pasangan anda. Jika tidak mampu, katakan tidak. Jangan biarkan ia melarat.
Dalam dingin malam…
Kudambakan kehadiranmu…
Ku amat rindukan… bicara mu…
Sesekali kau susuli lah diri ini…
Jiwa ku kini… bagai dalam kekosongan…
Hangat pipiku dibasahi linangan air mata…
Coretan ikhlas hatimu kuhayati walaupun untuk yang ke berapa kalinya…
Indah dan syahdunya hatiku…
Tanpa sedikit terasa jemu…
Duhai sayangku… keikhlasan hatimu yang kupuja…
“Tiada dusta… Sumpah kucinta sampai ku menutup mata… Cintaku sampai menutup mata …”
Pertamanya,
“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului
Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri
Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati
Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami
Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah
Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis
Aku akhirikan,
Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”
Biarpun tiada dikau tahu
Sering diri dalam kerinduan
Menyapa cinta hati milikmu
Kerana kasih diberi bukan sedikit
Kasih yang ada untuk dikau bertakha disinggahsana
Namun, cinta memerlukan pengorbanan
Walau tahu akan kehilangan
Tiada diri alpa pada kenyataan
Takdir-Nya,sudah tertulis buat kita
Hanya seketika mengisi bahagia
Itu jua Anugerah-Nya,
Kerana insan biasa, terleka dan terlena
Kasih itu tiada berpenghujung,
Walau tamat riwayat hidup…
Walau dihempas badai gelora
Cinta tetap hadir…
Cinta itu bukan mainan
Rindu itu bukan gurauan
Kasih itu bukan tandingan
Serahkan pada yang berhak…
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.